Hotel Murah Bawah RM80 Cameron Highland

Perkongsian ini mengenai hotel murah bawah RM80 di Cameron Highland. Korang yang merancang untuk bercuti ke Cameron Highland, boleh jadikan perkongsian ini sebagai sumber rujukan bagi mencari hotel dan penginapan dengan harga murah di Cameron Highland. 

8 Hotel Murah Bawah RM80 Cameron Highland


Untuk menempah hotel hotel yang disenaraikan di bawah, korang boleh tekan link agoda atau booking.com yang telah dikongsikan disetiap hotel. Harga yang dipaparkan pada setiap hotel ialah harga pada penghujung October 2023. Harga juga bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah tau. 

So rancanglah percutian korang sebaik mungkin okay. Better tempah terlebih awal bagi mengelakkan bilik penuh. 😎


1. Cameron Kea Farm 

cameron kea farm hotel murah brinchang

Hotel ini terletak di Brinchang. Antara tarikan berdekatan hotel ialah Kea Farms - Bee Farm, Wild Orchid Farm, Honey Bee Farms dan Cameron Square. 

Harga yang ditawarkan oleh hotel ini hanya serendah RM69 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik. 


Tempah di agoda sekarang


2. Golden Lodge 

golden lodge cameron highland hotel murah

Hotel murah ini terletak di Tanah Rata, Cameron Highland iaitu ditengah pusat bandar Tanah Rata. Antara kemudahan berdekatan hotel ialah farmasi, klinik, kedai makan, dan speedmart. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM43 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat.



3. Hong Kong Hotel

hong kong hotel murah di cameron

Hotel murah ini terletak di Brinchang. Antara tarikan berdekatan hotel termasuklah Raju Hill Strawberry Farm, Brinchang Town, Cactus Valley, dan Big Red Strawberry Farm. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM59 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan juga tarikh tempahan dibuat. 




4. SPOT ON 89789

spot on hotel murah cameron highland

Hotel bajet murah ini juga terletak di Brinchang iaitu sekitar 100m sahaja dari Raju Hill Strawberry Farm. Tarikah terdekat yang lain termasuklah Time Tunnel Museum, Brinchang Town, dan Cactus Valley. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM72 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat. 




5. Cameronian Inn

cameronian inn hotel murah cameron highland

Hotel murah ini terletak di Tanah Rata. Antara Kemudahan berdekatan hotel ialah Farmasi, klinik, tempat makan, dan juga speedmart. 

Harga yang ditawarkan pula serendahnya RM55 sahaja bergantung kepada jenis biilik dan tarikh tempahan dibuat. 



5. Nature @ Forest Cameron 15

nature & forest apartment cameron highland

Hotel dengan konsep apartment ini terletak di Tanah Rata. Sesuai untuk mereka yang berkeluarga bercuti dengan anak-anak yang ramai. 

Harga yang ditawarkan serendah RM69 sahaja bergantung kepada jenis apartment dan tarikh tempahan dibuat. 




6. Kea Garden Mini Chalet



Penginapan murah ini terletak di Brinchang. Tarikan berdekatan termasuklah Kea Farm Market dan Raju's Hill Strawberry Farm.

Harga yang ditawarkan pula serendah RM76 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




7. Madani Hotel



Hotel dengan bajet murah ini terletak di Tanah Rata Cameron Highland. Antara tarikan terdekat ialah Cameron Bharat Plantation, Tanah Rata Town, kemudahan klinik, hospital, dan ladang strawberi. 

Harga yang ditawarkan pula hanya serendah RM56 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat. 




8. Sleepbox Hotel


Korang yang mempunyai bajet yang kurang, dah tak kisah mengenai jenis bilik untuk menginap, boleh cuba menginap di hotel bajet ini. Konsep bilik jenis dorm ini sesuai buat mereka yang bujang bercuti bersama rakan-rakan. 

Harga yang ditawarkan pula hanya serendah RM31 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat. 




Semoga perkongsian mengenai hotel murah bawah RM80 di sekitar Cameron Highland dapat memberi sedikit gambaran buat korang untuk menempah hotel murah mengikut bajet korang ketika bercuti ke Cameron Highland. 

Selamat bercuti ya!
 
Top