13 Hotel Murah Bawah RM100 Melaka

Perkongsian kali ini mengenai hotel-hotel murah bawah RM100 sekitar Melaka. Korang yang merancang percutian jimat ke Melaka bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai sumber rujukan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat korang. 

13 Hotel Murah Bawah RM100 Melaka


Actually banyak sangat hotel yang murah di Melaka. Kali ini admin hanya dapat kongsikan 13 hotel murah buat korang. Sekiranya korang ingin menempah, boleh terus tekan link agoda atau booking.com dekat setiap hotel yang disebutkan.


Harga yang dipaparkan pula ialah harga pada awal bulan Oktober 2023, dan pada hari bekerja dengan merujuk website agoda. Harga mungkin berubah-ubah mengikut tarikh juga. Lebih bagus kalau korang menempah terlebih awal bagi mengelakkan bilik penuh atau tak dapat bilik yang korang hajati.  


So, rancanglah percutian korang sebaiknya okay! 

1. Greystone 99 Suites

greystone 99 suites murah di melaka

Hotel ini terletak di pusat bandar Melaka. Hanya sekitar 500 meter sahaja dari Kampung Morten dan tarikan terdekat seperti The Shore dan Plaza Hang Hotel ini juga menyediakan kafe, restoran, kolam renang dan juga gym. 

Harga yang ditawarkan serendah RM68 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan.




2. Hotel Kobemas Melaka

hotel kobemas melaka murah murah

Hotel murah ini terletak di Ayer Keroh, Melaka iaitu sekitar 11km dari Pusat Bandar Melaka. Antara tarikan di hotel ini ialah kafe, restoran dan spa. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM89 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat. 



3. Venus Boutique Hotel

venus boutique hotel murah di melaka

Hotel murah ini terletak di pusat bandar Melaka iaitu hanya sekitar 400 meter sahaja dari Menara Taming Sari dan berdekatan tarikan popular lain seperti Mahkota Parade dan Upside Down House. 

Harga yang ditawarkan hanya serendah RM59 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




4. Hallmark Crown Hotel

hallmark crwon hotel murah di MELAKA

Hotel yang terletak di pusat bandar Melaka ini hanya berjarak sekitar 700m sahaja dari A Famosa dan kira-kira 600m sahaja dari Dataran Pahlawan. Antara tarikan di hotel murah ini ialah restoran, kafe, kolam renang dan spa. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM79 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dan jenis bilik yang ditempah. 




5. Mercury Boutique Hotel

mercury boutique hotel murah di MELAKA

Hotel murah ini terletak di pusat bandar Melaka kira-kira 400m sahaja dari Mahkota Parade. Antara tarikan lain yang berdekatan ialah Menara Taming Sari dan Upside Down House. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM72 sahaja bergantung  kepada jenis bilik dan tarikh membuat tempahan. 




6. Hallmark Leisure Hotel 

hallmark leisure hotel murah di melaka

Hotel murah ini terletak di pusat bandar Melaka iaitu kira-kira 400m sahaja dari Jonker Walk. Antara tarikan popular yang terdekat ialah Plaza Hang Tuah. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM62 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat. 




7. Hallmark View Hotel

hallmark view hotel murah di melaka

Hotel murah seterusnya terletak hanya 2.5km sahaja dari pusat bandar Melaka. Antara tarikan popular berhampiran hotel ini Toy Museum Melaka. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM62 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarik tempahan dibuat. 




8. Prima Hotel 

prima hotel melaka hotel murah melaka

Hotel ini terletak di pusat bandar Melaka iaitu sekitar 600m sahaja dari Chinatown Melaka. Antara tarikan lain berdekatan hotel termasuklah Jonker Walk, The Shore Oceanarium dan Kampung Morten. 

Harga yang ditawarkan pula hanya serendah RM74 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat. 




9. Euro Rich Hotel

euro rich hotel melaka hotel murah

Hotel ini juga terletak di pusat bandar Melaka iaitu kira-kira 400m sahaja dari Menara Taming Sari. Antara tarikan berdekatan hotel termasuklah Upside down House, A' Famosa, dan Mahkota Parade. 

Harga yang ditawarkan pula hanya serendah RM66 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat. 




10. Time Hotel

time hotel melaka hotel murah melaka

Hotel ini terletak kira-kira 1.5km sahaja dari pusat bandar Melaka. Antara tarikan berdekatan hotel ialah Dataran Pahlawan, 3D Art Museum, dan Middleburg Bastion. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM64 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat. 



11. Hotel Sentral Melaka 

hotel sentral melaka hotel murah melaka

Hotel ini pula terletak hanya sekitar 200m sahaja dari pusat bandar Melaka. Tarikan sekitar hotel seperti Plaza Hang Tuah, Kampung Morten dan The Shore. Hotel ini juga menyediakan kolam renang yang besar serta mempunyai restoran dan kafe. 

Harga yang ditawarkan pula serendah RM83 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan dibuat. Malah sarapan pagi juga turut disediakan. 




12. Hotel Sentral Riverview

hotel sentral riverview melaka hotel murah

Hotel ini terletak kira-kira 600m dari pusat bandar Melaka. Antara tarikan sekitar hotel ialah Mydin Mall MiTC, AEON Bandaraya, dan Plaza Hang Tuah. Hotel ini juga menyediakan restoran dan kafe.

Harga yang ditawarkan pula serendah RM88 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Malah sarapan pagi juga turut disediakan. 




13. Casa Bonita Hotel

casa bonita hotel murah melaka

Hotel ini terletak kira-kira sekitar 2.5km sahaja dari pusat bandar Melaka. Antara tarikan yang terdapat di hotel ini termasuklah kolam renang yang besar. 

Harga yang ditawarkan pula hanya serendah RM68 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. Sarapn pagi juga ada disediakan. 




Itu sajalah perkongsian mengenai 13 hotel murah bawah RM100 di Melaka pada kali ini. Semoga harga hotel-hotel ini ada yang menepati bajet korang okay. Selamat bercuti! 😎
 
Top