8 Penginapan Murah Bawah RM100 Sekitar K. Terengganu

Perkongsian kali ini mengenai penginapan murah dengan harga bawah RM100 sahaja sekitar Kuala Terengganu. Korang yang merancang percutian dengan bajet yang rendah di Kuala Terengganu, bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai rujukan buat korang untuk menempah penginapan sekitar Kuala Terengganu. 

8 Penginapan Murah Bawah RM100 Sekitar KTganu


Harga yang ditulis pada setiap penginapan ialah harga pada awal bulan Oktober. Harga mungkin berbeza-beza mengikut tarikh tempahan dibuat. Sekiranya korang ingin membuat tempahan, boleh tekan link agoda atau link booking.com yang telah dikongsikan pada setiap hotel okay. 

1. J Suites Hotel 

j suites hotel murah kuala terengganu


Hotel murah ini terletak di Pusat Bandar Kuala Terengganu. Sekitar 1km sahaja dari Pasar Payang. Sekitar hotel mempunyai kemudahan seperti bank, tempat makan, farmasi dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pula serendah RM79 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




2. The Inn Hotel

the inn hotel murah KUALA TGANU


Hotel jimat ini juga terletak di Pusat Bandar Kuala Terengganu iaitu sekitar 400m sahaja dari KTCC Mall Kuala Terengganu. Harga yang ditawarkan pula serendah RM67 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




3. Super OYO

super oyo hotel murah di KualaTganu

Hotel dengan bajet murah ini terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu dengan jarak sekitar 1.5km sahaja dari UMT yang terletak di Gong Badak. Harga yang ditawarkan pula serendah RM51 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




4. DJ Citi Inn

hotel bajet dj citi inn di KTGanu.jpg


Hotel ini terletak di Pusat Bandar Kuala Terengganu. Jaraknya dari Perhentian Bas Kuala Terengganu sekitar 500m sahaja. Harga yang ditawarkan pula serendah RM68 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 



5. Villa Sri Mayang

villa sri mayang murah di KTGanu

Villa bajet murah ini terletak di Kampung Gong Badak iaitu sekitar 4km sahaja dari airport Kuala Terengganu. Harga yang ditawarkan serendah RM77 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




6. SPOT ON The Space Inn


Hotel the space Inn Kuala Tganu

Hotel bajet ini terletak di tengah bandar Kuala Terengganu. Jarak hotel ini ke Pasar Besar Payang ialah kira-kira 1km sahaja. Harga yang ditawarkan pula adalah serendah RM36 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 



7. Uncle Guest House

uncle guest house murah di KTGanu


Penginapan murah ini juga terletak di Pusat Bandar Kuala Terengganu. Malah hanya 700m sahaja dari Pasar Payang. Harga yang ditawarkan pula serendah RM50 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 



8. Leisure Lodge 

leisure lodge murah di KTGanu

Penginapan ini juga terletak di Pusat Bandar Kuala Terengganu. Penginapan berkonsep dorm ini terletak kira-kira 1.5km sahaja dari Pasar Payang. Ada juga bilik biasa selain bilik jenis dorm. Harga yang ditawarkan pula serendah RM29 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 



Itu sajalah antara 8 penginapan murah bawah RM100 yang boleh korang cuba sekiranya bercuti di Kuala Terengganu. Semoga perkongsian ini dapat membantu percutian korang bagi mendapatkan harga hotel murah dengan bercuti bajet. 😎
 
Top