5 Resort, Chalet Menarik Sekitar Kuala Terengganu

Perkongsian kali ini mengenai resort, chalet menarik sekitar Kuala Terengganu. Harga yang ditawarkan juga malah dibawah RM100. Memang sesuai buat mereka yang merancang percutian bajet dan penginapan yang menjimatkan. 


5 Resort, Chalet Menarik Kuala Terengganu


Sekiranya korang ingin membuat tempahan penginapan dibawah, boleh terus tekan link agoda atau booking.com yang dikongsikan disetiap penginapan okay. Harga yang dipaparkan pula mungkin berbeza-beza mengikut tarikh dan jenis bilik. Maka rancanglah percutian korang sebaiknya. 

1. Ibai Beach Guesthouse 


Ibai Beach Guesthouse terletak kira-kira 2km sahaja dari Pantai Batu Buruk. Terdapat bilik yang boleh memuatkan kira-kira 5 penghuni pada suatu masa. Harga yang ditawarkan serendah RM90 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 



2. Gading Chalet

gading chalet murah di kuala terengganu

Chalet yang terletak berhampiran Kg Seberang Takir ini kelihatan begitu cantik dengan landskap luaran dan hiasan dalamannya. Juga terdapat kolam renang luaran yang agak besar ditengahnya. Harga yang ditawarkan serendah RM194 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




3. Anjung Pantai Seberang

anjung pantai seberang di seberang takir kuala terengganu


Penginapan yang cantik ini terletak di Kampung Seberang Takir. Berdekatan dengan Pantai Seberang Takir (Pantai Miami) yang menghala ke Drawbridge Kuala Terengganu. Bilik yang paling besar di sini ialah bilik ala banglo yang boleh memuatkan 13 orang penghuni. 

Harga yang ditawarkan serendah RM170 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 



4. Noor Arfa River Chalet 



Chalet ini terletak di Kuala Ibai Chendering kira-kira 4km sahaja dari Pantai Batu Buruk dan Pusat Bandar Kuala Terengganu. Harga yang ditawarkan serendah RM83 sahaja bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 



5. KT Beach Resort 

resort best kuala terengganu KT beach Resort


Resort ini terletak dipusat bandar Kuala Terengganu. Berdekatan dengan KTCC Mall kira-kira 200m sahaja. Juga berdekatan dengan tarikan popular di Kuala Terengganu seperti drawbridge, serta Pantai Batu Buruk. Harga yang ditawarkan serendah RM118 sahaja tau bergantung kepada jenis bilik dan tarikh tempahan. 




Itu sajalah antara 5 resort, chalet menarik sekitar Kuala Terengganu yang dapat dikongsikan dengan korang. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit rujukan dan gambaran buat korang yang merancang percutian di Kuala Terengganu. 😎
 
Top